KELEBIHAN MLM ONLINE P
PERNIAGAAN MLM MELALUI INTERNET (ONLINE)
Ciri-ciri perniagaan MLM melalui internet sama seperti MLM konvensional (offline) yang lain-lain. Bezanya segala urusniaga dijalankan melalui internet sahaja. Anda akan diberi satu website peribadi, di mana anda boleh lihat semua urusniaga anda. Apa yg perlu dilakukan adalah :
1. Membeli produk untuk kegunaan sendiri dengan nilai PV tertentu setiap bulan.
2. Menjual produk kepada orang lain dan mendapat untung runcit dan bonus hasil jualan tersebut. Namun untuk berjaya dalam perniagaan MLM, anda tak semestinya perlu menjual, cukup hanya membeli produk untuk kegunaan sendiri. Jika mampu menjual, itu satu kelebihan.
3. Perkenalkan perniagaan MLM yang anda sertai kepada orang lain, atau dalam bahasa mudahnya buat penajaan/cari downline (rangkaian).
Kena cari orang ke? Saya tak pandai cari orang…. !!! Beginilah, anda sedang mencari suatu perniagaan untuk menambah pendapatan bukan? Semua perniagaan di dalam dunia memerlukan anda mencari pelanggan. Cara nak mencari pelanggan sudah tentu dengan mempromosi dan melakukan pemasaran.
Dalam perniagaan MLM internet, anda tak perlu petah bercakap/mengayat atau ke sana sini berjumpa orang untuk mencari prospek atau pelanggan. Saya sendiri seorang yang kurang bijak berkomunikasi dengan petah tapi kalau sekadar bercakap biasa itu, memang powerlah - peramah giler, hehehe. Anda hanya perlu promosikan website atau referral link anda tadi dengan kaedah promosi internet (bukan dgn cara tidak beretika spt spamming dsb). Sebagai contoh, saya amat gemar mengiklankan biz MLM saya ini di Berita Harian Online dengan sedikit bayaran untuk iklan teks.
Kelebihan promosi melalui internet adalah website anda akan tersebar ke seluruh dunia, atau sekurang2nya seluruh Malaysia. Sebarang pendaftaran melalui website anda, secara automatik akan menjadi prospek anda yang bakal menjadi downline ataupun rakan niaga anda. Seterusnya bimbinglah rakan niaga anda supaya buat seperti apa yang anda buat. Ini dinamakan kaedah Duplikasi.
Perlu dingatkan, adalah perlu membina hubungan dengan rakan niaga untuk berjaya dalam perniagaan MLM. Mereka perlukan bimbingan kita. Kejayaan rakan niaga ataupun downline adalah juga kejayaan kita. Tidak perlu berjumpa (kalau jumpa lagi bagus), cukup hanya melalui email, yahoo messenger, sms, telefon dsb.
PERINGATAN:
1. Jangan sertai perniagaan MLM yang tidak mementingkan jualbeli produk, sebaliknya lebih pentingkan untuk mencari downline semata-mata. ITU BUKAN MLM tapi SKIM CEPAT KAYA/PIRAMID yang berselindung di sebalik perniagaan MLM.
2. Perniagaan MLM tidak akan menjadikan anda kaya/jutawan sekelip mata seperti anggapan sesetengah pihak. Ingatlah setiap kejayaan perlukan usaha yang gigih.
3. Anda dinasihatkan tidak menyertai terlalu banyak syarikat MLM, bimbang anda tidak dapat memberi tumpuan. Buat diri saya, fokus satu biz MLM sahaja dalam satu masa.
ANTARA PERNIAGAAN ONLINE BISNES IALAH SMARTNACO MELALUI KUMPULAN SMART SUCCESS TEAM. JOIN SEGERA SEBELUM TERLAMBAT. DAFTAR DI SINI
Thursday, January 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
semoga berjaya dlm MLM internet
Post a Comment